Friday, April 16, 2010

Jom Sauna



Sauna yang baru sampai di rumah kami. Kotak yang sederhana besar je. Senang untuk di simpan.

Saiz sauna yang boleh muat untuk seorang. Kerusi disediakan.



Gambar di dalam sauna. Kita akan duduk di dalam yang berwap panas.

Rugi rasanya kalau kita tidak bersauna. Ini kerana sauna boleh memecahkan lemak bagi mereka yang inginkan bentuk badan yang menawan. Memang saya akui, selepas bersauna, kita akan berasa segar kerana toksik2 telah lepas dari dalam badan kita. Sauna ini memang fleksibel bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berjogging atau beriadah di waktu petang kerana kesibukan kerja.

Kita boleh melakukan 3 hingga 4 kali seminggu. Selepas sebulan, cuba lihat perubahannya. Pasti anda tidak percaya dengan badan anda selepas bersauna. Semasa proses sauna, wap yang keluar akan memanaskan badan kita dan peluh-peluh akan terhasil. Dalam 30minit selepas itu, anda akan merasa kesegaran. Tapi perlu diingatkan juga, sebelum dan selepas sauna, anda diharuskan minum air secara kerap kerana semasa bersauna kita kehilangan air yang banyak.

Selain itu, dengan bersauna, liang-liang pori kita akan terbuka dan memberi ruang kepada toksid2 jahat di dalam badan untuk keluar secara sistematik. Ia juga boleh membuatkan wajah kita sekata dan bebas dari jerawat yang teruk. Ia sangat sesuai juga kepada pesakit diabetis, resdung, migrain, sakit sendi dan lain-lain. Kita juga boleh merasakan kulit yang lembut dan licin selepas bersauna. Ia juga sangat sesuai untuk para ibu yang sedang berpantang kerana ini adalah alternatif yang terbaru selain bertangas.

Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya di talian +60135360088 atau emailkan kepada saya gebusauna@gmail.com. Insyaallah saya akan menjawab segala pertanyaan dari anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

BlogMalaysia.com